Selangor, El Sky News –Kebiasaan mengucek mata, walaupun nampak remeh, sebenarnya boleh menyumbang kepada rabun silau jika dilakukan terlalu kerap. Ramai yang buat tanpa sedar, terutamanya bila mata terasa gatal atau letih.
Menurut Dr. Nilani Mohamad Nawi, MBBS (UM), MMed (Oph) (UM), seorang Consultant Ophthalmologist di Selgate Specialist Hospital Rawang, dalam video di akaun TikTok beliau @dr.nilani ( https://vt.tiktok.com/ZSU3MmeAe/ ), beliau menjelaskan:
“Kenapa kita tak boleh gonyoh mata? Sebab mata kita ada satu lapisan depan yang biasa kita panggil cornea, iaitu kanta depan. Kanta depan ni kalau kita duk gonyoh-gonyoh, lama-lama ia menipis. Yang asalnya bulat tu jadi curam, dan bila curam, jadilah rabun silau.”

Oleh itu, elakkan mengucek mata terlalu kuat atau terlalu kerap. Jaga mata dengan berehat secukupnya, pastikan pencahayaan yang sesuai semasa membaca atau menatap skrin, dan elakkan persekitaran yang boleh menyebabkan iritasi. Langkah-langkah mudah ini boleh membantu mengekalkan kesihatan mata dan mengurangkan risiko rabun silau.
Dalam masa sama, pemeriksaan mata secara berkala juga digalakkan, terutamanya bagi individu yang sering mengalami penglihatan kabur atau silau ketika malam. Pemeriksaan awal membolehkan masalah seperti rabun silau, astigmatisme, atau perubahan bentuk kornea dikesan lebih cepat sebelum menjadi serius. Menurut pakar, kesedaran tentang penjagaan mata masih rendah dalam kalangan masyarakat, sedangkan mata adalah deria utama yang paling banyak terdedah kepada tekanan harian. (Langit News)
