KUALA LUMPUR, El Sky News – Heliza Helmi, seorang penyanyi, pendakwah dan aktivis kemanusiaan terkenal di Malaysia, berkongsi pengalaman yang menyentuh hati ketika ditahan oleh tentera Israel semasa menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza baru-baru ini.
Menurut laporan rasmi GSF, misi tersebut turut disertai oleh Heliza Helmi bersama adiknya, Nur Hazwani Afiqah, serta dua lagi sukarelawan dari Malaysia, Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad.
Dalam perkongsiannya menerusi program amal, Malam Untukmu Gaza yang berlangsung di Pahang, Heliza menceritakan bahawa beliau bersama Hazwani serta pasukan misi lain telah ditahan lebih 24 jam dalam keadaan serba kekurangan selepas kapal mereka, Hio, dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Gaza. Sementara itu, Nurfarahin dan Danish berada di atas kapal Grande Blu.
Walaupun di tahan lebih 24 jam, semua suka relawan dilaporkan selamat selepas pemeriksaan ketat oleh pihak berkuasa Israel. Walaupun berdepan penahanan dan pemeriksaan ketat oleh pihak berkuasa Israel, kesemua sukarelawan dilaporkan selamat selepas lebih 24 jam ditahan
Selepas Isteri Selamat dari Tahanan,Suami Heliza Syujud Syukur

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman melakukan sujud syukur sebaik sahaja mendapat perkhabaran bahawa isterinya serta peserta Global Sumud Flotilla (GSF) lain telah selamat dibebaskan oleh tentera Israel.
Mahadi turut menzahirkan rasa bangga dan syukur atas keberanian isterinya, Heliza Helmi, yang tidak gentar menyertai misi kemanusiaan berisiko tinggi demi membantu rakyat Gaza yang tertindas.
Pengalaman getir itu bukan sahaja menguji ketabahan Heliza Helmi sebagai seorang aktivis kemanusiaan, malah turut memperkukuh semangatnya untuk terus berjuang membela nasib rakyat Gaza. Bagi Heliza, setiap ujian yang ditempuh menjadi bukti bahawa perjuangan kemanusiaan menuntut keberanian, keikhlasan, serta doa yang tidak pernah putus.
Sementara itu, doa dan sokongan rakyat Malaysia, khususnya daripada suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, menjadi sumber kekuatan utama buat dirinya untuk terus tabah menghadapi cabaran.
Heliza menegaskan bahawa selagi hayat dikandung badan, beliau akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan
