KUALA LUMPUR, El Sky News– Selebriti media sosial Mek Yun akhirnya tampil mendedahkan status sebenar hubungannya dengan seorang jejaka yang sering dilihat bersamanya, lantas mencetuskan pelbagai spekulasi dan khabar angin di kalangan peminat. Dalam satu wawancara, Mek Yun mengakui bahawa jejaka yang dimaksudkan itu ialah Anas, yang juga merupakan juruvideo peribadinya.
“Jujurnya hubungan saya dengan dia, Anas ialah juruvideo Mek Yun, kawan baik, sangat-sangat baik,” jelasnya.
Mek Yun menerangkan bahawa mereka bertiga, iaitu beliau, Anas, dan pengurusnya, Abang Mi/Fara, sentiasa bersama. Kekerapan mereka dilihat bersama adalah kerana hubungan persahabatan mereka yang sudah terjalin lama sejak Mek Yun mula membina karier dalam dunia kandungan digital.
“Kami berkawan sejak dulu lagi, daripada Mek Yun baru-baru nak start buat konten apa semua, kempen ke apa kan? Jadi Anas lah jadi juruvideo Mek Yun. Itu rapatlah,” katanya sambil tertawa.
Meskipun menjelaskan status persahabatan mereka, Mek Yun sempat mengusik apabila diajukan soalan tentang pandangan orang ramai terhadap keserasiannya dengan Anas.
“Kenapa? Nampak serasi ke Mek Yun dengan Anas? Nanti nanti kita bagi tahu Anas. Tengok dia cakap apa, nanti interview dia pula,” ujarnya sambil tersenyum.
Mengenai soal jodoh, Mek Yun kini memilih untuk fokus kepada kerjaya dan dirinya terlebih dahulu.
“Buat masa sekarang saya fokus kepada kerjaya saya dan kepada diri saya. Saya nak bina dulu saya punya kerjaya, diri saya sendiri, dan kalau ada jodoh tu ada,” tegasnya, sambil menambah bahawa buat masa ini “masih kosong”.
Mek Yun juga turut berkongsi ciri-ciri pasangan idealnya:
“Selagi lelaki boleh jaga saya, boleh hormat saya dan keluarga saya, boleh treat me right, dan saya happy, why not?”
Isu hubungan ini mula diperkatakan secara meluas, terutamanya di kalangan pengikut media sosialnya yang melabelkan mereka sebagai “pasangan yang serasi”.
