GAZA, El Sky News — Sebuah video yang baru tersebar menunjukkan penggunaan peluru berpandu berkuasa tinggi oleh Israel di kawasan timur Gaza. Serangan itu digambarkan seperti “bom nuklear mini” kerana tahap kemusnahannya yang luar biasa.
Menurut laporan TRT World, serangan berkenaan telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan perumahan di bahagian timur Gaza, sekali gus menghapuskan struktur dan binaan terakhir yang masih berdiri di kawasan itu.
Letupan besar yang dirakam dari udara memperlihatkan asap tebal membumbung tinggi ke langit, menggambarkan dahsyatnya impak serangan tersebut. Pihak berkuasa tempatan mendakwa, banyak infrastruktur awam turut terjejas akibat tindakan ketenteraan berterusan itu.
Situasi di Gaza kini semakin kritikal apabila kawasan kediaman dan kemudahan asas musnah, menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat berlindung. (Langit.News)
