Senarai Calon GRS Untuk PRN Sabah Akan Diumum 11 atau 12 November, Kata Hajiji Noor

Kota Kinabalu , El Sky Media — Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 pada 11 atau 12 November ini.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan senarai calon berkenaan telah dimuktamadkan dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam tempoh terdekat sebelum tarikh penamaan calon yang dijadual pada 15 November 2025.

Menurut beliau, GRS memberi keutamaan kepada calon yang berwibawa dan mampu memberi kemenangan kepada gabungan itu dalam PRN akan datang.

“Senarai calon telah selesai disemak dan kita akan umumkan tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui media di Kota Kinabalu.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah menegaskan, fokus utama GRS ialah memastikan gabungan itu kekal kukuh menghadapi pilihan raya, selain menolak sebarang tindakan individu yang keluar parti selepas tidak dipilih sebagai calon.

Beliau turut memaklumkan bahawa manifesto rasmi GRS dijangka dilancarkan satu atau dua hari selepas hari penamaan calon.

Leave a Reply

Discover more from EL SKY NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading