TAWAU, El Sky News – Dalam dunia politik Sabah, kalau bukan panas sebab isu, panaslah sebab cuaca. Kali ini, DUN Merotai jadi tumpuan bukan sebab ada pesta, tapi sebab semua orang sibuk meneka siapa sebenarnya bakal jadi calon di situ.
Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah menafikan menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak menjadi calon untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai di sini, pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau berkata dengan tegas:
“Saya menegaskan, laporan itu tidak benar dan saya tidak pernah menyatakan sokongan kepada sesiapa termasuk di DUN Merotai,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Menurut beliau, berita itu timbul selepas sebuah portal semalam mendakwa beliau memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bertanding di DUN Merotai, kononnya selepas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi laluan kepada parti itu di kerusi berkenaan.
Tapi kata Yun Fah, itu semua “kisah politik rekaan”, bukan kenyataan rasmi. Untuk makluman, DUN Merotai adalah satu daripada empat kerusi dalam Parlimen Kalabakan.
Sebelum pembubaran DUN minggu lalu, kerusi ini dipegang oleh Sarifuddin Hata dari Parti Warisan. Namun sekarang, suasana di Merotai ibarat pasar malam politik meriah dan ramai yang berminat nak buka ‘gerai’. Selain Warisan, kerusi ini dijangka menjadi rebutan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), PH, dan Barisan Nasional (BN). PHRS pula adalah salah satu anggota komponen GRS jadi kalau salah langkah, boleh terjatuh dua kali: sekali dalam gabungan, sekali dalam berita. Bagi pihak GRS, beberapa nama kini sedang “disebut-sebut” (oleh netizen, media, dan makcik politik di kedai kopi) sebagai calon berpotensi mewakili parti berkenaan termasuk Yun Fah sendiri dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi.
Bulan lalu semasa lawatan kerja ke Merotai Besar, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Ruji berpotensi menjadi calon mewakili PH di DUN Merotai.
Bayangan itu cukup untuk buat media sibuk, dan ahli politik mula berteka-teki seolah-olah meneka siapa akan tersingkir dalam rancangan “Survivor: Edisi Merotai.” Sebelum ini, Ketua Bahagian GRS bagi DUN Merotai. Dan menariknya nama Mohamad Jalani disebut dua kali dalam laporan mungkin sebab semangat sokongan beliau memang berganda.
Mengulas lanjut, Yun Fah menjelaskan bahawa keputusan siapa yang akan bertanding di DUN berkenaan masih dalam peringkat perbincangan antara jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil GRS dan PH. Dengan kata lain, semuanya masih dalam meeting mode belum ada siapa yang berani tekan “confirm”.
Katanya, GRS juga masih memperhalusi pembahagian kerusi bagi memastikan setiap parti komponen mendapat pertimbangan sewajarnya.
“Kita masih berbincang di peringkat gabungan dan pastinya akan menjaga kepentingan semua parti komponen yang ada,” katanya ayat politik klasik yang maksudnya: “jangan gaduh dulu, belum final.”
Akhirnya, satu hal jelas daripada kenyataan Yun Fah ini:
Beliau belum sokong sesiapa, belum tahu siapa calon, tapi dah masuk berita memang power!Dalam politik Sabah, nampaknya bukan siapa cepat umum calon yang menang tapi siapa paling tenang walau sudah viral.
