KUALA LUMPUR, El Sky News – Satu tunjuk perasaan besar akan diadakan bagi membantah kunjungan Presiden AS Donald Trump yang dijangkakan ke Malaysia akhir bulan ini, kata timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Parlimen hari ini kenyataan yang sekaligus membuat ramai tertanya-tanya sama ada peserta demo perlu daftar awal atau hanya bawa sepanduk DIY.
Semasa membahaskan cadangan Bajet 2026 sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim merujuk kepada lawatan Trump yang akan datang, seolah-olah Malaysia sedang bersiap menerima watak utama siri politik antarabangsa paling kontroversi abad ini.
“Kami tegas menentang kehadirannya dan kami mengisytiharkan kami akan mengadakan perhimpunan rakyat, satu demonstrasi besar untuk membantah kehadiran Trump, yang dianggap penjenayah yang membunuh dan menghantar senjata kepada Israel, yang menyokong keganasan Israel,” katanya ringkas di Dewan Rakyat.
Trump dijangka berada di Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN, yang akan diadakan dari 26 Oktober hingga 28 Oktober. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan pada Selasa berkata bahawa Trump akan melawat Malaysia pada 26 Oktober, dan berkata pemimpin AS itu tidak sabar untuk menyaksikan pemeteraian perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja — satu acara diplomatik yang kini dijangka bertambah meriah dengan “bonus persembahan jalanan” daripada PAS
SUMBER FOTO: britannica.
